Kelmarin aku ada dua exam paper. Mula2 tu exam Introduction To Political Science. Aku rasa best je sebab sumer soalan spot pon Rashid Moten (pembuat soalan) yg bagitahu. So... aku dah tak nampak mcm bersungguh pon pada malam 2. Member2 pon ada jugak peli sikit. Ye la... nampak macam dah confident habis. So... exam tu ok aje... yg merisaukan aku ialah paper Science of Al-Quran pada sebelah petang. Lps exam poli rasa macam tak best je. Sumer dah happy sebab exam diorang dah habis. Dah boleh enjoy. Aku pulak tak nak gelak kuat2 macam member2 lain yg dah habis exam, tak nak makan banyak2 tak nak jalan2 sangat... takut lupa sumer benda yg aku baca (dah la tak baca banyak untuk SoQ!) Nasib baik la soalan tu tak de nak susah mana. Kire aku boleh buat ar jugak.
Lps exam aku dah rasa free kembali... lega siot... aku ingat nak enjoy siket... time u ingat nak terus pegi KLCC tengok wayang yang ntah criter apa yg ada sekarang, aku pon tak tau. Last2 balik bilik2 aku tertidorkan diri aku... Hmm.. konpem la letih. Lepas solat maghrib pon aku terus sambung tido. Mlm 2 aku dikejutkan dgn sms Dai. "Ko kat ner? Jomla join kitorang makan kat econs". Eh? ada pon si Dai ni. Aku ingatkan dah balik dah. Exam dia hari isnin lagi dah habis. bertuah... aku pon balas "Nak! Aku nak nasi goreng cendawan! :)" Aku ingatkan dia dah balik. sampai hati tak bgth aku. Malam tu aku habis kan masa aku dgn diorang. Mahfuz dah balik, Roha dah balik, Hilmi plk malas nak kuar bilik. Dari jauh aku nampak kelibat Miera, khairiah, dai n .... apa pulak nama sister ni... ahh Ain... baru aku ingat. She just join our group recently, just like Wan and Khai.
Kitorang lepak2 buang masa. Dah lama betol aku tak lepak2 sembang2 + makan minum slow2... pas tu ada macam2 criter sambil gurau senda... kutuk sana... sakat sini... Pergh... alangkah membuang masa (Uiks..???) Kadang2 macam ni... banyak bantu menenangkan fikiran, setelah sehari dlm keadaan 'berjaga2'. Yg aku naik tak tahan time si Khai dok sakat si Wan dgn Miera. Iye la... diorang tu dari tadi dok semeja... ntah apa diorang bincangkan aku pon tak tau... sampai gaduh2 diorang tu. Ala... bukan serious pon... gaduh sama kawan2... sumer tunjuk perangai semacam... hoho... dah habis exam... kat Cafe pon dah tak de orang sangat.
Dlm pukul 11, Khai dapat satu panggilan. Mesra betol sembang. Aku mula2 tak nak ambik tahu hal peribadi diorang, lain la klu diorang yg bukak criter. tiber... muka mira dah semacam, khai pon dah nak chuak semacam. lepas habis buat panggilan, Khai bukak satu criter yg agak serious. Semalam, Khai dgn Mira pegi jalan2 dgn bbrape senior PKP. Pas tu, diorang ditahan oleh seorang lelaki 40-an dan seorang gadis muda. Diorang nak mintak tolong diambilkan gambar. Diorang dah start rasa semacam bila diorang tengok lelaki dan gadis tu betul2 mesra. Bergambar sambil pegang bahu dan pinggang. (May be ada yg tak kisah mana, but we are unusual with 'that' type social life). Lps ambik gambar, dgn ramahnye lelaki dan perempuan tu kenalkan diri masing2. Nak kata memang mesra n baiknye, pertemuan 5 minit tu dah berlanjutan hingga malam ni. Khai tak bgth pulak nama pak cik tu, tapi nama gadis tu Emi, muda lagi. Dalam 20-an, may be baru belasan tahun. Dah bertunang. Lelaki tu rupanye ayah angkatnye... makin la mira n khai rasa semacam, ayah angkat n anak angkat bergambar sampai pegang bahu dan pinggang.
hmm... Diorang terus bersembang, sampai bertukar phone number (wahai para wanita, mengapa begitu mudah anda memberikan nombor anda kpd orang2 yang anda tak kenali??? adakah pertemuan singkat sudah cukup bagi anda menilainya seseorang itu baik atau tidak???) Lelaki tu bagi business card. Lelaki tu orang berada, kereta besar. tak pelik la klu diorang punya tahap hidup sosial yg tinggi. Lelaki tu siap offer nak tolong hantarkan balik ke UIA. Nasib baik diorang dapat reject pelawaan tu. On da way balik, Emi kerap bersms dgn khai. Lps habis sms, lelaki tu buat phone call kat khai. Punya la selamber, lelaki tu dah terfikir nak singgah rumah n jumpa parents khai. Biar betul...
Untuk panggilan yg tadi, khai cakap lelaki tu dah mintak alamat rumah, e-mel dan macam2 lagi. Of course la sebagai seorang kawan, aku cukup risau. Setakat ni diorang cukup peramah n baik. Bila Khai cakap tak de kredit, dgn senang hati diorang nak topupkan henset khai. Baik... diorang maksudnye 2 orang la yg tolong topupkan. Diorang memang suka betul bersms/calling sama si khai. Nombor mira pon diorang mintak. Apa yg ada kat dlm kepala aku time tu memang cukup negatif. Memang la setakat ni diorang nampak sangat baik... but macamana untuk jangka masa panjang? Ntah2 nanti diorang kena jual... melacur... Nauzubillah... kitorang bersurai dlm pukul 21.15am... Moga kami semua dilindungi dari sebarang unsur2 negatif oleh Allah. Amin...
0 comments:
Post a Comment